Thursday 5 May 2016

Penyebab Jantung Bengkak


Tanda-tanda atau ciri-ciri lain yang menunjukkan gejala penyakit jantung:


    • Tekanan darah tinggi / Kolesterol yang tinggi
    • Obesiti / kegemukan
      • Rasa sakit atau nyeri di dada sebelah kiri
        • Sesak Nafas
          • Cepat penat atau letih
            • Jantung berdebar-debar dan mudah terkejut
              • Merasa pening / Gelisah
                • Peluh dingin / berpeluh di malam hari
                  • Pedih ulu hati
                    • Kurang selera makan
                      • Pembengkakan (sering terjadi di telapak kaki, mata, kaki atau perut)
                        • Kram atau kesemutan pada tangan, lengan, jari dan kaki    
                        •  
                          Sayangilah Jantung Kita

Happy Mothers Day








#throwback yesterday :
sorry to say, bad service today at PPUM
late service, waiting so long, many patients, not enough doctors and staff..


Thursday 28 January 2016

Tidaklah Dagu Berlapis Kalau Ikut 8 Petua Ini

Dagu berlapis disebabkan lapisan lemak yang menonjol di bawah dagu. Wanita kalau tetiba tengok cermin nampak dagu berlapis, terus kontrol makan. Sebenarnya lapisan lemak di kawasan bawah dagu boleh terjadi kepada semua orang, terutama pada orang gemuk. Ok, kita cuba dulu guna beberapa tip mudah ini untuk menghilangkan lemak di dagu secara semula jadi...
 

1. Kunyah gula-gula getah

Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.
 
 

2. Guna ketulan ais

Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.
 
 

3. Senaman Wajah

Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.

 

5. Dongak kepala

Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.
 
 

6. Jaga pemakanan

Tak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.
 
 

7. Urutan

Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur. (lebih afdhal sambil selawat)
 
 

8. Tidur tanpa bantal

Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah. 
 

 
Macama mana wanita, nak cantik kan? Kena amal tip ini, tidak semestinya tubuh anda kurus dagu tidak berlemak. Kalau anda jenis wajah tembam, cepatlah naik dagu yang kedua. Moga anda makin cantik dan anggun, ya! 

#copy&paste
#mingguanwanita

Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Elak Dagu Berlapis

1. Jangan Tidur Siang
Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.


2. Urutan
Lakukan urutan wajah setiap hari. Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.


3. Jaga Pemakanan
Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.


4. Masker Putih Telur
Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.


5. Senaman Wajah
Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.


6. Ketawa/ Berbicara
Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan berbicara jika mahu dagu anda runcing.

5 Sebab Wanita Kerap Lapar Waktu Malam


Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait...

1. Stres
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.


2. Salah tafsir rasa haus dengan lapar
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.


3. Waktu makan tak tetap
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.


4. Suka makan gula
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.  


5. Amalan ringan elak makan malam
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.

#copy&paste
#mingguanwanita

Macam Mana Nak Kurus, Kalau Masih Buat 6 Perkara 'Buruk' Ini

Memanglah ini satu perkara yang boleh mengganggu mood anda. Macam-macam cara dah cuba untuk turunkan berat badan tapi usaha yang dilakukan tetap tidak menampakkan kejayaan.

Ini mungkin disebabkan oleh rutin atau kebiasaan yang anda lakukan setiap hari? Ketahui enam kesalahan yang perlu dielak dalam usaha anda  menurunkan berat badan.
 

1. Banyak Makan Makanan Masin & Berlemak
Jangan makan terlalu banyak makanan yang berlemak. Ia akan membuatkan kalori dalam tubuh bertambah sehingga menjadi lemak yang degil. Selain itu makanan yang banyak mengandungi garam juga  perlu dikurangkan atau jika boleh, elakkan sama sekali. Selain boleh mengakibatkan hipertensi, terlalu banyak garam di dalam tubuh membuatkan cairan tubuh terkumpul di dalam badan. Akibatnya, berat badan anda susah hendak turun.


2. Selalu Stres
Hormon kortisol yang keluar saat stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan meningkatkan penompokan lemak di bahagian perut. Relaksasi seperti mendengar muzik, berbual dan tertawa bersama teman-teman, beryoga, berurut dan bersiar-siar di taman dapat meredakan stres. Lakukan salah satu aktiviti ini paling kurang 10 hingga 15 minit setiap hari.


3. Sering Berjaga Malam
Dalam kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat menyatakan, kurang tidur akan meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Terdapat juga kajian lain yang membuktikan bahawa individu yang tidur kurang dari empat jam sehari mempunyai peluang menderita obesiti sehingga 73 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang tidurnya tujuh hingga sembilan jam sehari.


4. Makan Tidak Di Meja Makan
Makan sambil menonton televisyen, membaca buku dan menaip di komputer membuatkan anda tidak dapat menikmati makanan dengan sepatutnya. Akhirnya, anda mudah tergoda untuk mencari sesuatu yang nikmat dikunyah. Kalori yang masuk dalam tubuh pun akhirnya sukar  dikawal.


5. Kurang Bergerak
Sambil bekerja, anda masih boleh melakukan senaman ringan misalnya dengan melakukan regangan kaki dan tangan. Silang-silangkan atau ayun-ayunkan kaki dan tangan sambil duduk di atas kerusi dua hingga lima minit setiap selang satu jam. Aktiviti ini mampu memberi tambahan pembakaran kalori berbanding hanya duduk di atas kerusi tanpa melakukan apa-apa regangan selama berjam-jam lamanya.


6. Ngelat Produk Tenusu
Wanita yang mengambil yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak tiga hingga empat kali sehari mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuhnya. Kalsium daripada susu berperanan sebagai tombol yang memerintahkan tubuh membakar lebihan lemak. Minumlah segelas susu bebas lemak saat sarapan, segelas yogurt rendah lemak pada siang hari, dan segelas susu bebas lemak di sore hari.

#copy&paste
#mingguanwanita

Masak Sedap Macam Mana Pun, 7 Cara Ini Jangan Lupa!


Bukan mudah nak sediakan makanan seimbang, sihat untuk badan dan yang penting dapat menghindari penyakit memudaratkan. Lebih-lebih lagi pemakanan tidak seimbang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan. Kita cuba semak balik pengambilan makanan berkalori setiap hari dengan info ini, jom!

1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam
Ada orang takut makan ayam sebab risau lemak makin 'melekat' di tubuh. Padahal anda boleh elak dengan cara pengolahan yang baik. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.

2. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan
Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan-bahan kimia berbahaya.

3. Jangan potong atau hiris kecil buah-buahan dan daun sayur
Ini akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiat makanan itu.

4. Masak ubi kentang & keledek elok dengan kulitnya
Khasiat ubi kentang ini lebih terjamin apabila anda masak bersama kulit. Pasti kan anda membasuh dengan bersih sebelum memasaknya.

5. Pastikan air mendidih atau minyak panas sebelum apabila memasukkan makanan
Jika anda masak sayuran berdaun hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Ini akan hentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya.

6. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet
Gunakan bahan semula jadi untuk menambah rasa masakan. Ini lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

7. Jangan gunakan minyak masak berulang kali
Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.


Ingat, ya... anda kena merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng.

#copy&paste 
#mingguanwanita

9 Makanan Elak Sakit Jantung Mengejut





9 Makanan Elak Sakit Jantung Mengejut


Sumber makanan memainkan peranan penting untuk jaga kesihatan jantung yang baik. 
Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita. 

Ketahui makanan yang baik untuk jantung yang sihat: 
1. Oat
Semangkuk oat panas kaya dengan asid lemak omega-3, folat dan kalium. Kaya dengan serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
 
 
2. Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Dua hirisan salmon seminggu dapat mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus. Ia mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat.
 
 
3. Avokado
Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh. Ia memungkinkan penyerapan karotenoid lain, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung.
 
 
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
 
5. Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan badam sangat membantu mencegah risiko serangan jantung.
 
 
6. Berries
Blueberi, raspberi, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan serta berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
 
 
7. Kacang peas
Tambahkan pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam untuk kekal sihat.
 
 
8. Bayam
Bayam kaya akan pelbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
 
 
9. Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana ia adalah rendah lemak.

Cantik Paling Mudah, Hanya Perlu 4 Bahan Dapur


Cantik Paling Mudah, Hanya Perlu 4 Bahan Dapur
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Terlalu sibuk dengan urusan harian membuatkan wanita kurang rehat dan tidur. Akibatnya tubuh menjadi lesu, wajah kusam dan lingkaran gelap di bawah mata makin jelas kelihatan. Sedih tak? 
Jangan risau wanita, kali ini anda boleh amalkan beberap tip ini untuk jaga penampilan setiap hari tanpa beli produk di pasar raya. Jom semak! 

1. Minyak zaiton lembapkan kulit

Musim panas, ramai yang akan mengalami dehidrasi. Kulit menjadi kering dan kusam, bagi mengatasinya anda boleh amalkan minum lapan gelas air putih sehari. Bagi melembapkan kulit pula, oles dengan  minyak zaitun. Lakukan setiap hari kulit akan halus dan lembap.

2. Ais segarkan wajah

Sebelum bersolek, tekapkan wajah dengan ais. Petua ini membuatkan wajah yang lesu tampak segar. Ais juga membuatkan solekan lebih tahan lama di samping membantu mengurangkan masalah lingkaran gelap di bawah mata.

3. Hampas kelapa haluskan kulit

Selepas memasak, hampas kepala jangan dibuang. Gunakan sebagai skrub untuk menyental tubuh. Hampas kelapa dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit. Membuatkan kulit tubuh lembap dan dikatakan dapat menghilangkan kesan gelap di bahagian intim.

4. Madu & telur naikkan seri

Campurkan sebiji telur ayam kampung bersama dua sudu madu. Percayalah, cara ini membuatkan wajah menjadi kemerahan. Telur dan madu juga membekalkan tenaga kepada tubuh. Sangat baik untuk kecantikan dalaman. Selain itu, petua ini juga dikatakan dapat menjadikan suara lebih lunak.
Tiada lagi alasan untuk tetap jaga kecantikan buat pasangan anda setiap hari. Hanya amalkan tip ini, segala masalah kulit akan terhakis. Selamat mencuba!

Cantikkan Kuku Dengan 7 Petua Dapur Ini


Suri Rumah Pun Boleh Cantikkan Kuku Dengan 7 Petua Dapur Ini
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Nak kuku cantik dan sihat, biasanya wanita akan ke salon kecantikan atau spa melakukan manikur padikur. Tapi kalau mahu berjimat, anda boleh melakukan sendiri perawatan kuku di rumah dengan menggunakan bahan alami. Jom, cuba petua ini...


1. Bersihkan Dengan Limau Nipis/ Lemon
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, cukup sekadar menggunakan limau nipis atau lemon sebagai ramuan utama rawatan. Belah limau nipis atau lemon kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kuku dan jari jemari. Biarkan selama dua hingga tiga minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan dua kali seminggu, kuku dan jari tampak bersih dan cantik.

2. Minyak Zaitun/ Kelapa Dara
Kuku pecah dan kulit jari kasar membuatkan wanita kurang keyakinan diri.  Usah biarkan masalah ini berlarutan. Gunakan minyak zaitun atau kelapa dara untuk merawat kuku pecah dan kulit kasar. Oles minyak tersebut pada kulit setiap malam sebelum tidur. Urut tangan dan kuku secara perlahan-lahan, ia juga membantu melancarkan perjalanan darah.

3. Khasiat Bawang Putih
Bagi anda yang mempunyai kuku rapuh dan mudah patah, cuba petua ini. Tumbuk bawang putih sehingga lumat. Kemudian, gosokkan pada kuku. Lakukan petua ini setiap hari atau selang sehari. Kuku bukan sahaja menjadi lebih kuat malah berkilat.


4. Belimbing Buluh Atasi Kuku Kusam
Kuku kusam dan kering mudah pecah dan tampak tidak elok. Jangan susah hati, lakukan petua ini. Gosok kuku dengan belimbing buluh dua kali seminggu. Selepas itu, rendamkan jari seketika di dalam air yang dicampurkan garam bukit. Kuku akan beransur sihat dan cantik dalam masa yang singkat.


5. Daun Kangkung Putihkan Kuku
Adakala kuku kelihatan comot dengan kesan kotoran yang sukar tanggal seperti dakwat pen dan minyak hitam. Ia meninggalkan kesan yang mencacatkan penampilan wanita. Bagi membersihkan dan memutihkan kuku, gunakan daun kangkung. Tumbuk daun kangkung sehingga lumat, kemudian gosok pada kuku. Biarkan sehingga 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air bersih.


6. Potong Kuku Secara Konsisten
Kuku panjang dan tidak bersih mudah mengundang bakteria. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan kemas. Jangan potong kuku terlalu pendek kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan.


7. Gunakan Sarung Tangan
Selain mengamalkan petua di atas, penjagaan kuku tangan mesti dilakukan secara berterusan. Amalkan menggunakan sarung tangan ketika berkebun dan membasuh pinggan atau barang menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia. Ia menyebabkan kulit menjadi kering dan kuku mudah patah.

Minumlah 4 Air Ini Rebusan Sebelum Terlambat


 Sihat: Minumlah 4 Air Ini Rebusan Sebelum Terlambat
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum Hawa...

1. Rebusan Serai & Halia
- 3 batang serai
- 4cm halia 2 ketul
Kedua bahan ini perlu diketuk.

Direbus (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam.

Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali.

KHASIAT KESIHATAN
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.



2. Rebusan Sireh
- Daun sireh 3 atau 5 helai.

Direbuskan (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water)
Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam.

Tambahan: Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.

KHASIAT KESIHATAN 
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.



3. Rebusan Sireh & Daun Inai
- 3 ke 5 helai daun sireh
- segenggam daun Inai

Direbus (dalam stainless steel pot) dgn 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.

KHASIAT KESIHATAN
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau. Elok diamalkan selepas haid.



4. Rebusan Halia Serai, Cengkih & Kunyit
- 2/3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda) di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis
- bunga cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit Madu Susu (Raw Honey)


Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali.

KHASIAT KESIHATAN
Mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.

Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.


Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.
#copy&paste

Apa itu Ovarian Cyst , Kesan , dan Rawatan untuk Penyakit In


Apa itu Ovarian Cyst ?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.


Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst

Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Muntah dan Loya 
  • Sakit Perut 
  • Sakit semasa hubungan seks 
  • Sukar atau kerap kencing 
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa 
  • Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.