1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam
Ada orang takut makan ayam sebab risau lemak makin 'melekat' di tubuh. Padahal anda boleh elak dengan cara pengolahan yang baik. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.

2. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan
Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan-bahan kimia berbahaya.

3. Jangan potong atau hiris kecil buah-buahan dan daun sayur
Ini akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiat makanan itu.

4. Masak ubi kentang & keledek elok dengan kulitnya
Khasiat ubi kentang ini lebih terjamin apabila anda masak bersama kulit. Pasti kan anda membasuh dengan bersih sebelum memasaknya.

5. Pastikan air mendidih atau minyak panas sebelum apabila memasukkan makanan
Jika anda masak sayuran berdaun hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Anda juga boleh menyediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Ini akan hentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya.

6. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet
Gunakan bahan semula jadi untuk menambah rasa masakan. Ini lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

7. Jangan gunakan minyak masak berulang kali
Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.


Ingat, ya... anda kena merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng.

#copy&paste 
#mingguanwanita